Wednesday 27 February 2013

alat muzik tradisional kaum kenyah


Alat Muzik Kenyah

Sekumpulan kecil ahli muzik kenyah biasanya mengandungi sape, satu atau dua buah jatung utang dan pelbagai alat lain seperti harmonika, lutong, suling dan gitar, botol berisi air, maracas dan sape bio ( sejenis sape besar dengan satu tali sahaja ). Jenis alat tidak tetap dan berbeza dari satu kampung ke satu kampung yang lain. Dalam sekumpulan kecil ahli muzik kenyah, sebuah sape dan sebuah jatung utang memainkan melodi secara serentak manakala sape kedua atau jatung utang kedua memainkan melodi secara berbalas. Ketiga-tiga alat ini menggunakan skel pentatonik.


Sape

Sape diukir daripada kayu aro ataupun kayu lain seperti meranti. Seperti gitar, sape mempunyai badan yang memanjang dengan bahagian belakang badan dibiarkan terbuka serta berleher pendek. Ia dihias indah dengan pelbagai corak ukiran yang berwarna-warni. Umumnya, setiap alat muzik sape mempunyai ukurun lebih kurang 130 cm panjang dan 20 cm lebar. Kategori kordofon dan merupakan sejenis lut yang dipetik. Alat muzik ini biasanya dimainkan oleh kaum lelaki sahaja. Zaman dahulu hanya dua utas tali rotan digunakan. Pada masa kini, tiga hingga empat tali logam atau nilon dipasangkan pada badan sape ( fius, tali nilon, tali brek basikal atau tali gitar ). Dimainkan dengan cara memetik talinya tetapi rupa bentuknya berbeza-beza. Biasanya sape dimainkan dalam tema yang berbeza bagi mengiringi tarian Ngajat atau Daun Julut.


                                                                   alat muzik sape


Jatung Utang

Gambang kayu daripada suku kaum Orang Ulu. Mengandungi di antara tujuh hingga sepuluh keping kayu yang setiap satu berbeza dari segi saiz dan tebalnya. Ia digantung dengan sepasang tali di atas kotak degungan. Alat ini dimainkan dengan menggunakan kayu dan menghasilkan muzik instrumental. Kadangkala ia digabungkan dengan sape untuk mengiringi tarian. Merupakan alat dalam kategori zailofon.




                                                                     Jatung Utang